Pemerkasa 2021: Bantuan Tunai RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR (Mempunyai Pendapatan RM1,000 Ke Bawah)




Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan secara tunai sekali (one-off) yang berjumlah RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan.

Perdana Menteri berkata, bayaran tambahan sebanyak RM500 juga akan diagihkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah sebulan.


"Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini," kata Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).


Menurut kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima.


Sumber : sinarharian.com.my


Semoga perkongsian ini dapat memberi info yang jelas kepada anda semua. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments