Pemerkasa 2021: Panduan Untuk Memohon e-Wallet Belia Berjumlah RM150




Berita baik untuk golongan belia yang berumur 18 tahun sehigga 20 tahun. Pihak kerajaan telah mengumumkan satu pakej bantuan khas untuk golongan belia dalam Program PEMERKASA 2021. Dalam kenyataan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Program eBelia ini akan ditambah baik.

Anda boleh rujuk perkongsian ini yang berkenaan tentang Bantuan e-Wallet Belia telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Program PEMERKASA 2021.

BANTUAN E-WALLET PEMERKASA 2021 

Seperti sebelum ini, jumlah bantuan untuk e-Wallet PEMERKASA 2021 ini adalah sebanyak RM100. Setelah ia ditambah baik, jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM150.

TARIKH E-WALLET RM150 DIKREDITKAN 

e-Wallet akan dikreditkan bermula pada bulan Jun ini.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON 

  • Golongan belia yang berumur 18 tahun sehingga 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi dalam sepenuh masa

Program ini merupakan salah satu langkah dari pihak kerajaan untuk membantu golongan belia dengan memanfaatkan sebanyak 2 juta orang dengan peruntukan dana berjumlah RM300 juta.

KAEDAH UNTUK MEMOHON 

  • Muat turun aplikasi TNG E-wallet/Boost/Grab
  • Isi maklumat peribadi dengan lengkap
  • Pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
  • Akhir sekali tunggu pengkreditan e-wallet, sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun e-wallet anda.

Namun, maklumat ini akan dikemaskini jika terdapat maklumat baru dari semasa ke semasa.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments