Pemerkasa 2021 : Subsidi Telefon Pintar Berjumlah RM300 -Khas Untuk Golongan B40




Dalam pengumuman baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihak kerajaan akan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 ke RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Eknomi (PEMERKASA).

Dalam Belanjawan 2021 sebelum ini, ada pemberian subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180, dan subsidi ini akan dinaikkan kepada RM300.

Sila rujuk perkongsian maklumat tentang bantuan subsidi telefon pintar ini.

Golongan Yang Layak Menerima Bantuan Subsidi Telefon Pintar RM300 

Menurut Perdana Menteri, subsidi ini dilaksanakan khas untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menggalakkan penggunaan digital untuk golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

Bantuan ini dapat dijalankan sebagai perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.

Ia juga bertujuan untuk membantu isi rumah yang mempunyai anak yang masih bersekolah untuk pembelian telefon pintar atau peranti baharu.


Jumlah Dana Untuk Subsidi Telefon Pintar RM300 

Peruntukan dana yang disediakan dalam program ini akan ditingkatkan kepada RM2 Bilion dan akan bermula pada awal Mei nanti.

Perdana menteri menyarankan agar syarikat telekomunikasi dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.

Tarikh Pemberian Bantuan Subsidi RM300 

Bantuan subsidi ini akan dilancarkan bermula pada awal bulan Mei 2021.

Kaedah Untuk Membuat Permohonan 

Untuk masa ini, tiada lagi pengumuman rasmi tentang panduan kaedah untuk membuat permohonan bantuan subsidi ini.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info dengan jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!

Sumber : mingguankerja.my


Post a Comment

0 Comments