MySTEP 2022: Sebanyak 80,000 Pekerjaan Ditawarkan Untuk Penganggur -Rujuk Untuk Membuat Permohonan!



Dalam Bajet 2022, kerajaan memberi fokus kepada 220,000 pelatih untuk menjalani program latihan dan peningkatan kemahiran dengan dana sebanyak RM1.1 bilion.

Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP diteruskan untuk tahun 2022 dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan bermula pada Januari 2022.

MySTEP ialah program latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Ada dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLCs dan rakan strategiknya


Tempoh Perkhidmatan MySTEP

Tempoh Kerja Dalam Perkhidmatan MySTEP ialah seperti berikut:
  • Sektor Awam: 1 – 12 Bulan
  • GLC / Rakan Strategiknya: 6 – 12 Bulan

Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian/Jabatan/GLC/Rakan Strategik.​

Jumlah Bayaran/Gaji

Jumlah bayaran yang ditawarkan adalah mengikut kategori:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikSektor Awam​
Jumlah Bayaran (RM)
GLC / Rakan Strategik​ Jumlah Bayaran (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda2,0002,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,8001,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,6001,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,400


Penempatan MySTEP

Penempatan perkhidmatan Personel MySTEP ialah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/tempat/jadual bertugas seperti penjawat awam.​

Untuk GLC, penempatan ialah berdasarkan dengan struktur program penempatan GLC masing-masing.

Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Kemudahan/Faedah

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kosong/personel MySTEP seperti berikut:

Sektor AwamSektor GLCs dan Rakan Strategiknya
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
18 tahun keatas sahaja18 tahun keatas sahaja
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan KeatasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
MenganggurMenganggur

Kaedah Untuk Memohon

Anda boleh mohon terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti berikut:

Untuk info lebih lanjut atau ingin membuat pertanyaan, layari laman web ini:
http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep




Post a Comment

0 Comments