Permohonan Program Baik Pulih & Bina Baru Rumah Untuk Kategori B40



Program ini ada dua kategori iaitu aktiviti baik pulih rumah dan bina rumah baru.

Bantuan baik pulih rumah ini akan dijalankan untuk pemohon yang mempunyai rumah tetapi menghadapi masalah ekonomi untuk kos membaiki rumah mereka.

Skop dalam bantuan baik pulih rumah ini melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.

Bantuan bina baru rumah akan dijalankan untuk rakyat yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang terlalu uzur , tidak selamat diduduki dan untuk mereka mempunyai masalah ekonomi.

Jenis Bantuan Bina Baru Rumah

Bantuan bina baru rumah ada 3 jenis rumah iaitu:

1. Bina baru 1 bilik




2. Bina baru 2 bilik




3. Bina baru 3 bilik



Syarat Kelayakan Membuat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia dan sudah berkahwin
  2. Pemohon berumur 45 tahun ke atas serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak
  3. Pemohon berdaftar dalam sistem eKasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung
  4. Status tanah kediaman pemohon mestilah mendapat kebenaran untuk diduduki (untuk permohonan Bina Baru)
  5. Pemohon tidak menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
  6. Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (untuk permohonan Baik Pulih)

Kaedah Untuk Memohon

1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di:
  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu
  • Atau melalui muat turun borang –  KLIK SINI

2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul

3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada:
  • Ketua Kampung
  • Penghulu
  • Ahli Parlimen / ADUN / Pemimpan Setempat

4. Kemudian hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Atau di:

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak


Senarai Dokumen Untuk Memohon

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan
  3. Penyata pendapatan pemohon
  4. Penyata pendapatan pasangan / waris
  5. Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah
  6. Salinan kad pengenalan semua pemilik tanah

Untuk info lanjut atau ingin membuat pertanyaan tentang permohonan, sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian ini: 05-246 0998


Sumber: e-semakan1malaysia.com


Post a Comment

0 Comments